Wednesday, 26 February 2020

EDMODO : Platform Interaksi Guru dan Pelajar.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi penggunaan Edmodo dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Edmodo merupakan satu platform bagi rangkaian sosial yang bertindak sebagai Learning Management System (LMS) dan menyamai ciri susun atur dan reka bentuk yang hampir sama seperti Facebook (Suriadhi, 2014). Aplikasi Edmodo telah mempunyai pengguna lebih daripada 6.5 juta di seluruh dunia (Flanigan, 2011). Para pelajar yang mempunyai akaun Edmodo boleh membina laman profil peribadi. Selain itu, pelajar-pelajar lain juga boleh turut serta dalam perbincangan bersama ahli kumpulan yang disertai. 

Salah satu ciri yang ada pada Edmodo ialah Resources. Resources membolehkan pelajar memuat naik gambar profil, dokumen, pautan dan video. Fungsi ini membolehkan pelajar dan guru ini menyimpan dokumen yang bersaiz besar di ruang library, untuk dikongsi bersama dengan ahli-ahli yang lain dalam kumpulan perbincangan yang sama. Selain itu, ciri utama laman Edmodo membolehkan pelajar membuka dan melihat dokumen yang dikehendaki pada bila-bila atau di mana-mana sahaja. 

Pengguna Edmodo boleh dikelaskan dalam kumpulan mengikut subjek pengajaran dan pembelajaran yang sama, dan ciri ini dapat membantu pelajar untuk menggunakan platform Edmodo sebagai medium alternatif pembelajaran di luar bilik darjah dengan lebih menarik dan berinovasi. (Thompson, Lindstrom, Schmidt-Crawford, 2015) . 

LOGO EDMODO 

Hakikatnya, Edmodo menyediakan semua yang kita boleh lakukan di kelas bersama dengan pelajar dalam suasana pembelajaran yang efektif ditambah lagi dengan kemudahan bagi ibu bapa agar dapat memantau semua aktiviti anaknya di Edmodo dengan menggunakan parent code . Tambahan pula, Edmodo boleh dilayari dengan mudah melalui telefon bimbit. Edmodo juga bermatlamat untuk membantu para pengajar memanfaatkan media sosial dengan mengurangkan penggunaan ruangan bilik darjah . 


Guru boleh menggunakan Edmodo untuk berkomunikasi dengan pelajar kelasnya mengikut subjek. Setelah mencipta akaun sebagai guru di Edmodo, guru boleh memuat naik info terkini berkenaan kelas dan juga nota bagi tujuan pembelajaran. Guru juga boleh memuatkan tugasan yang boleh diletakkan dengan tempoh tamat bagi memastikan pelajarnya  menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Guru boleh menerima terus jawapan pelajar dan memberi gred sebaik sahaja tugasan disemak. Guru juga boleh mengemukakan topik yang ingin dibincangkan bagi memudahkan pelajar dan guru saling berinteraksi. Selain itu, bahan-bahan juga boleh dimuatkan oleh guru dalam ruangan  perpustakaan (library). Semasa menonton video yang berkaitan tentang sesuatu topik pengajaran misalnya, guru dan pelajar boleh memberi pandangan mahupun  komen tentang ulasan video tersebut melalui Edmodo. 

Kelebihan Penggunaan Edmodo dalam pendidikan: 

1. Dapat diakses oleh guru, pelajar dan ibu bapa tanpa mengira tempat, masa dan merupakan satu platrform pembelajaran yang selamat. Ini memudahkan pelajar dan guru menggunakan ruang waktu dan keselesaan mereka sendiri. 

2. Guru dan pelajar boleh berkomunikasi secara maya. Guru boleh memberi tugasan kepada pelajar dengan memberi satu tarikh akhir untuk tugasan tersebut. Oleh itu, pelajar boleh menggunakan masa sendiri asalkan dapat menghantar tugasan tersebut sebelum tarikh akhir. Guru dan pelajar juga dapat berkongsi maklumat. 

3. Ibu bapa juga dapat memantau perkembangan dan hasil kerja anak-anak secara maya tanpa berjumpa dengan guru. Melalui Edmodo juga kos peralata seperti penggunaan buku, kertas dan alat tulis dapat dikurangkan. 


             
       Contoh penggunaan Edmodo dalam kelas Bahasa Melayu



Pelajar memberikan refleksi selepas kelas. 







No comments:

Post a Comment