Monday, 24 February 2020

Penggunaan Video Sebagai Pentaksiran Sumatif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kita semua sedia maklum bahawa alam sekitar amat penting dalam kehidupan seharian. Alam sekitar dan manusia sememangnya saling memerlukan. Namun begitu, hari ini satu demi satu bencana dan tragedi alam sekitar berlaku di Malaysia. Antaranya tragedi Highland Tower, Pos Dipang, isu Gua Tempurung, pembuangan sisa toksik di Sungai Gatom di Johor, isu pencemaran arsenik di Loji Rawatan Air Sungai Ganda di Gerik serta terbaru tragedi Sungai Kim Kim Fasa 1 dan Fasa 2.

Oleh itu, bagi memupuk semangat cinta akan alam sekitar, guru telah merancang untuk menjadikan topik Alam Sekitar sebagai topik penting dalam Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Dalam hal ini, pelajar akan mengkaji aspek-aspek alam sekitar yang dapat memberikan kepentingan kepada manusia dari segi kebaikan dan keburukan. Pelajar juga dapat menghubungkaitkan kepentingan alam sekitar dengan pembangunan manusia pada zaman kini. 

Pelajar akan membentangkan hasil analisis dan kajian yang telah dijalankan dalam rakaman video. Pelajar akan menghubungkaitkan kepentingan dan kemusnahan yang berlaku terhadap alam sekitar kepada pembangunan  manusia. Rakaman video perlu dijalankan oleh setiap pelajar Tingkatan Dua bagi melihat tahap kefahaman pelajar berkaitan alam sekitar. 


Guru meminta pelajar membentuk kumpulan yang terdiri daripada dua pelajar setiap kumpulan. Pelajar perlu menghasilkan rakaman video yang berdurasi 6-10 minit. Rakaman tersebut perlu dijalankan ditempat kejadian. Pelajar perlu menjadi pengacara rancangan yang memaparkan keadaan alam sekitar , kepentingan penjagaan alam sekitar dan punca kemusnahan alam sekitar. Pelajar juga dikehendaki menggunakan bahasa Melayu Standard dalam penyampaian. Rakaman tersebut haruslah dimuat turun dalam aplikasi Youtube. Pelajar juga harus serahkan rakaman tersebut dalam bentuk CD kepada guru.

Video 1: Adani dan Jundiyatul 


Video 2:Izhaq dan Muaz


Video 3: Jaafar dan Amir 


Video 4: Aliff dan Adam 

Ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran guru turut memaparkan tayangan "video pendek alam sekitar" dan "Pollution is a global killer". Pelajar bukan sahaja dapat mempelajari cara-cara berkomunikasi dengan baik malah, dapat melatih diri untuk menghasilkan rakaman video yang kreatif dan menarik serta menjadi pedoman kepada masyarakat.  


Kelebihan menggunakan video dalam Pengajaran dan Pembelajaran:


1. Penyampaian materi pembelajaran dapat diseragamkan.

2. Proses pembelajaran menjadi lebih jelas dan menarik. 

3. Proses pembelajaran menjadi interaktif.

4. Efisiensi dalam waktu dan tenaga.

5. Meningkatkan kualiti hasil tugas pelajar. 

6. Meningkatkan sikap positif dalam diri pelajar. 

7. Mengukuhkan peranan guru ke arah lebih positif dan produktif. 

9 Mmeberikan pengalaman baharu kepada pelajar dan pendidik. 

10. Guru- guru dapat memperluaskan lagi capaian ilmu dan tidak bergantung kepada buku teks mahupun bahan bacaan di pusat sumber sahaja. 

11. Guru dapat menyediakan suatu suasana pembelajaran mengikut situasi yang hampir sebenar dalam pengajaran mereka. 

12. Sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang tersedia daripada biasa yang menggunakan buku teks semata-mata. 

13. Dapat meningktakan kemahiran komunikasi dalam dan luar bilik darjah. 


Contoh Refleksi pelajar di dalam kelas : 



Refleksi pelajar kelas 2 Razzi

Pelajar memberi refleksi selepas kelas berakhir. Kekuatan dan kelemahan yang diberikan akan dijadikan sebagai penambah baikan untuk kelas akan datang. Guru akan memastikan setiap pelajar menghantar refleksi masing-masing supaya guru dapat memastikan semua pelajar turut serta dan memperoleh  manfaat dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Semoga pelajar memperoleh ilmu yang berguna untuk masa hadapan. 

No comments:

Post a Comment