Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Entri kali ini saya akan menceritakan tentang pengalaman sesi pengajaran dan pembelajaran mengunakan aplikasi Quizlet di dalam kelas Tingkatan 4 Haitham. Untuk pengetahuan semua, aplikasi quizlet ini sangat menarik untuk digunakan dalam kelas kerana dapat meningkatkan teknik mengingat atau menghafal sesuatu topik.
Portal Quizlet.com merupakan portal dalam talian yang menyediakan khidmat khusus untuk meningkatkan daya ingatan murid melalui 5 mod iaitu kad imbasan secara interaktif, latihan latih tubi, latihan mengeja, ujian formati dan latih tubi melalui permainan interaktif. Portal yang menawarkan khidmat secara percuma ini mempunyai lebih dari 100 juta orang ahli dan amat popular dalam kalangan pendidik khususnya guru-guru bahasa di serata dunia.
Quizlet merupakan satu aplikasi mudah alih yang membolehkan pelajar mempelajari sesuatu topik dengan hanya menggunakan telefon pintar atau komputer.
Untuk guru yang ingin menggunakan Quizlet ini,anda mestilah mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Sila "sign up" jika belum ada akaun quizlet,jika sudah ada "log in" sahaja
2. Untuk lebih,anda boleh sambung "sign up" terus dengan akaun gmail.
3. Kemudian tekan "create" untuk mula membina set soalan.
Jika anda sudah berjaya untuk buka dan masuk ke dalam Quizlet,baru lah semua "study mode" dan "game" dalam Quizlet dapat digunakan dengan sempurna seperti mana yang saya terangkan diatas.
Anda juga boleh muat turun aplikasi Quizlet ini melalui "play store" secara percuma.

Kelas bahasa Melayu menggunakan Quizlet sebagai latihan dalam kelas.
Kelebihan menggunakan pendekatan ini :
-merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan sebagai pembelajaran teradun pada abad ke-21.
- Mempunyai nota pembelajaran dan juga penilaian untuk menguji kefahaman murid.
- Tidak mengambil masa yang lama untuk menggunakan pendekatan ini di dalam bilik darjah.
-Dapat menggunakan audio rakaman untuk memudahkan murid memahami nota atau latihan yang diberikan.
Kekurangan dalam menggunakan pendekatan ini :
-Penilaian yang digunakan tidak dapat mencapai soalan KBAT yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Memerlukan jaringan sosial untuk menggunakan aplikasi ini.
- Sekolah tidak mempunyai prasarana seperti komputer yang mencukupi menggunakan aplikasi ini
- Memerlukan jaringan sosial untuk menggunakan aplikasi ini.
- Sekolah tidak mempunyai prasarana seperti komputer yang mencukupi menggunakan aplikasi ini
- Murid wajib mempunyai akaun quizlet untuk menggunakan aplikasi ini.
Refleksi pelajar menggunakan quizlet dalam kelas.



No comments:
Post a Comment