Saturday, 13 December 2014

BBM3410 VIDEO ONE STOP MOTION (UNTUK MU-MAHKOTA BAND)




Assalamualaikum!!

kali nih nak cite pasal one stop motion video..hurmm..nak buat video nih punye la ha susah bebenor..sebabnye nak kena ambik gambo satu2..nahh..siap pun..3 minit 32 saat dengan 93 keping gambo..dalam masa 2 hari aku melukis..mewarna..menggunting..dan macam-macam lagi la yang dibuatnye disebalik pengambaran video nih..tapi apa-apa pun video nih dibuat penuh kasih sayang untuk mereka yang mempunyai orang tersayang dan kenangan yang mereka sayang..aikk???

terima kasih DrNotts sebab bagi peluang untuk belajar buat ONE STOP MOTION VIDEO yang sangat-sangat menarik dan bagi kesan kat diri ni..pada kawan-kawan yang dok rasa sedih tengok video nih terima kasih ya.. (maknanya sampai la tuh) huhuhu..


dan untuk awakk..hidup tak selalunya indah..tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan..=)

Friday, 12 December 2014

KALIMAT TERAKHIR

kalimat terakhir?? sedihh nauuu bunyinya..sobsobsob..


eh..lupa..assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pencinta ilmu dan bloger-bloger tersayang..hurm..kalimat terakhir tuh sebenarnya nak menerangkan tentang berakhirnya kuliah BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA.. dan sebenarnya kuliah terakhir juga untuk kelas-kelas lain sebabnya aku dah berada di semester yang terakhir..huhu..beratnye la rasa hati nak meninggalkan UPM nie..disinilah aku kenal apa itu UNIVERSITI..aku belajar untuk hidup SENDIRI.. aku dapat kenal apa maksud kawan SEJATI.. dan disini juga aku jumpa si jantung HATI..aikk???


kalau nak cerita pengalaman pahit manis tawar masam payau dan suka duka sepanjang semester 1 hingga semester 7 empat tahun lagi pun tak habis.. tapi yang pasti entri nih nak cerita segala pengalaman dan kenangan yang dapat dikutip dari kelas BBM 3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA dan pensyarah yang dikasihi PROF. MADYA DR. NORMALIZA BT ABD. RAHIM. terima kasih Dr. terima kasih GURUKU. 


sepanjang berada di kelas DrNotts macam-macam pengalaman la rasa..haishh..susah nak cakap..ada yang seronok..terlebih seronok..penat tuh biasa (student kan). pengalaman yang seronok tuh opkoz la masa jadi pelakon.huhu.ambik kau pertama kali masuk utube.kalau tak ambik kursus nih memang tak la saja-saja nak post benda kat utube. tapi bila dah selalu masukkan video kat utube tuh dah jadi biasa.seronok juga sebenarnya.retisss utube la katakan.kuikui. nak pula buat kerja ngan kengkawan yang macam-macam kerenah (termasuk diri sendiri).perghh...


DrNotts seorang Dr yang sangat tegas, sangat bersemangat, garang sikit (erm..banyak la jugak)  tapi disebalik semua tuh masih terjelas lagi nilai kasih sayang seorang guru kepada anak didiknya. jujurnya..kali pertama jumpa agak nerbes (orang putih cakap nervous). tapi dengan cara bersahaja DrNotts mengajar tuh membuatkan kelas menjadi lucu dan santai. tambahan pulak lagi banyak kuliah yang berbentuk praktikal..jadi kelas tak la bosan. antara ayat DrNotts..Pe hal....dah kenape.. saya tak garang, tapi sangat garang..dan macam-macam lagi akan menjadi kenangan.


hurm..tak lupa juga kepada tutor-tutor tersayang.. encik ehsan, encik fazli dan cik atikah. terima kasih tak terhingga juga di atas tunjuk ajar kalian, terutama encik ehsan yang bukan sahaja membantu kami dalam kursus ini malah dalam kursus DRAMA MELAYU juga. kesemua tutor menjalankan tanggungjawab dengan baik dan semua pelajar termasuk diri ini sangat selesa bekerjasama dengan anda. 


bersambung..

E-MAJALAH

Pada minggu 11 kami telah ditugaskan untuk membawa pensel warna..
jengjengjeng..nak buat ape yer..


ni ha..rupenya nak buat e-majalah. hihi.. hurm..perkara pertama yang terlintas di fikiran..berapa tahu dah aku tak melukis nih..boleh ke nak lukis..nak lukis apa..jadi ke tak.. dan akhirnya lepas perbincangan yang tak sampai 1 minit bunga production pilih nak buat e-majalah tentang sabun..



nih muka depan e-majalah kumpulan kami..
yang dibuat oleh shikin rahim..




ni pun shikin rahim yang buat..
senarai kandungan..




ehem2..ni haryani nordin buat..
cantiknye laaa.. hikhik



ni pun haryani nordin buat..
nice..



yang ni zura abdullah buat..
tengah-tengah majalah..
good job roommate





ni syatirah muhammad punya hasil..





ni pun dia punya..



dan ini..vanistri punya air tangan..
nice babe.




kulit belakang..vanistri buat.
nice..


dengan adanya e-majalah nih telah membuka lagi ilmu kami tentang kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini..senang, mudah dan cepat. paling penting kami mula melukis dan mewarna kembali setelah ambik kursus BBM3410 bahasa dalam multimedia. pengalaman terindah. =)

Thursday, 11 December 2014

BBM3410 VIDEO SIMPULAN BAHASA





Assalamualaikum dan selamat petang!
video di atas merupakan video simpulan bahasa yang telah dibuat oleh bunga production. video ini dilakukan bersama-sama mengikut simpulan bahasa yang telah dipilih (pilih yang senang-senang jer).. 


simpulan bahasa merupakan salah satu warisan nenek moyang kita.. setiap simpulan bahasa mempunyai makna yang tertentu dan bukan dicipta sekadar untuk keseronokan semata-semata. dalam video simpulan bahasa ini, gambar yang diberikan adalah merupakan makna bagi simpulan bahasa tersebut.. untuk mencari gambar yang berpadanan dengan simpulan bahasa yang sedia ada bukan lah kerja yang mudah..tetapi bunga production telah berjaya melakukannya! 

tahniah kawan-kawan dan terima kasih DrNotts sebab bagi tugasan yang sangat menarik ini..



BBM 3410 Kuih Tradisional Melayu-Bunga Production



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah..akhirnya..10 jenis kuih tradisional bunga production berjaya masuk dalam utube..huhu.. jenis kuih yang dipilih dalam video ni hasil daripada perbincangan setiap ahli kumpulan kami..=)


antara kuih yang dipilih ialah kuih badak berendam, pulut inti, lepat labu, peneram, lompang, peria, buah melaka, cakoi, kuih lapis dan tepung talam. kuih pulut inti, lepat labu dan badak berendam nih hasil daripada air tangan ibu aku kat Taiping nuh.. buah melaka, lompang, tepung talam dan peneram pulak hasil air tangan ibu dan nenek shikin rahim..manakala kuih-kuih yang lain dibuat bersama-sama di UPM. seronok sebenarnya buat video kuih tradisional nih..sebabnya lepas masak terus boleh ngappp...panas-panas lagi.. sangat sedap! semoga semua penonton-penonton utube yang nak belajar buat kuih tradisi dapat peroleh sedikit sebanyak cara nak buat kuih-kuih ni..

selamat mencuba.. =)


Wednesday, 3 December 2014

BBM 3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA - VIDEO FOKUS (DUIT) ~ AKU NAK DUIT



hai kengkawan!!ehh..assalamualaikum.ok nih nak cite pasal video fokus Bunga Production.. kumpulan kami pilih untuk buat tentang "duit". ok ckp pasal duit nih memang semua org suka ye dak. huhu..



video nih kami rakam sekitar FBMK saje.. dan lagu yg dipilih oleh syatirah muhammad...ideanya pulak kami pakat kongsi2..hurmm..tapi yang sedihnya masa pembentangan DrNotss cakap takde jalan cerita..nampak duit je..huhuhu..tapi tak mengapa..kami terima komen itu dengan hati yang terbuka..sebab kami sudah usaha..dan pengalaman tuh mengajar kami untuk buat yang lagi baek.. tengok video tragedi (selepas video fokus) ..DrNotts respon ok. Alhamdulillah.. yang paling penting aku belajar ape itu namanya VIDEO FOKUS. terima kasih DrNotts n tahniah bunga production!!!

yani~kin~adik~zura~vani~