kalimat terakhir?? sedihh nauuu bunyinya..sobsobsob..
eh..lupa..assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pencinta ilmu dan bloger-bloger tersayang..hurm..kalimat terakhir tuh sebenarnya nak menerangkan tentang berakhirnya kuliah BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA.. dan sebenarnya kuliah terakhir juga untuk kelas-kelas lain sebabnya aku dah berada di semester yang terakhir..huhu..beratnye la rasa hati nak meninggalkan UPM nie..disinilah aku kenal apa itu UNIVERSITI..aku belajar untuk hidup SENDIRI.. aku dapat kenal apa maksud kawan SEJATI.. dan disini juga aku jumpa si jantung HATI..aikk???
kalau nak cerita pengalaman pahit manis tawar masam payau dan suka duka sepanjang semester 1 hingga semester 7 empat tahun lagi pun tak habis.. tapi yang pasti entri nih nak cerita segala pengalaman dan kenangan yang dapat dikutip dari kelas BBM 3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA dan pensyarah yang dikasihi PROF. MADYA DR. NORMALIZA BT ABD. RAHIM. terima kasih Dr. terima kasih GURUKU.
sepanjang berada di kelas DrNotts macam-macam pengalaman la rasa..haishh..susah nak cakap..ada yang seronok..terlebih seronok..penat tuh biasa (student kan). pengalaman yang seronok tuh opkoz la masa jadi pelakon.huhu.ambik kau pertama kali masuk utube.kalau tak ambik kursus nih memang tak la saja-saja nak post benda kat utube. tapi bila dah selalu masukkan video kat utube tuh dah jadi biasa.seronok juga sebenarnya.retisss utube la katakan.kuikui. nak pula buat kerja ngan kengkawan yang macam-macam kerenah (termasuk diri sendiri).perghh...
DrNotts seorang Dr yang sangat tegas, sangat bersemangat, garang sikit (erm..banyak la jugak) tapi disebalik semua tuh masih terjelas lagi nilai kasih sayang seorang guru kepada anak didiknya. jujurnya..kali pertama jumpa agak nerbes (orang putih cakap nervous). tapi dengan cara bersahaja DrNotts mengajar tuh membuatkan kelas menjadi lucu dan santai. tambahan pulak lagi banyak kuliah yang berbentuk praktikal..jadi kelas tak la bosan. antara ayat DrNotts..Pe hal....dah kenape.. saya tak garang, tapi sangat garang..dan macam-macam lagi akan menjadi kenangan.
hurm..tak lupa juga kepada tutor-tutor tersayang.. encik ehsan, encik fazli dan cik atikah. terima kasih tak terhingga juga di atas tunjuk ajar kalian, terutama encik ehsan yang bukan sahaja membantu kami dalam kursus ini malah dalam kursus DRAMA MELAYU juga. kesemua tutor menjalankan tanggungjawab dengan baik dan semua pelajar termasuk diri ini sangat selesa bekerjasama dengan anda.
No comments:
Post a Comment